ASUS Malaysia Anjur Pertandingan ‘ROG x Free Fire – All Stars Brawl’ Pada 17 Februari Di Sunway Pyramid Comments Off on ASUS Malaysia Anjur Pertandingan ‘ROG x Free Fire – All Stars Brawl’ Pada 17 Februari Di Sunway Pyramid 585

Sekiranya anda tidak memiliki sebarang aktiviti pada hujung minggu ini (16 dan 17 Februari 2019), ASUS Malaysia akan mengadakan jerayawara dan juga pertandingan ‘ROG x Free Fire – All Stars Brawl’ bertempat di Sunway Pyramid.

Pada 16 Februari bermula jam 10 pagi, aktiviti jerayawara (roadshow) akan diadakan dan diikuti dengan aktiviti pop kuiz dengan pemberian hadiah kepada para pengunjung. Manakala 17 Februari (Ahad) pula pengunjung yang hadir dalam aktiviti jerayawara akan turut berpeluang bertemu dengan ‘influencer’ terkenal dalam dunia e-sukan.

 

Pertandingan ‘ROG x Free Fire – All Stars Brawl’ akan dimulakan pada hari yang sama pada jam 2 petang dan pasukan yang memenangi tempat pertama akan membawa pulang 4 unit ROG Phone. Manakala tempat kedua dan tempat ketiga masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2,000 dan RM1,000.

Pertandingan ini akan disertai oleh 13 nama popular dalam dunia gaming iaitu:

  • Afiq ‘chii’ Afzainizam
  • Ainii Gaming
  • Belle Ywen
  • ChuChu Gaming
  • Cometopapa
  • CortX Kaki Game
  • Karakuri
  • KBCSensei
  • Master Ramen
  • MrCocan
  • Niki Aori
  • SYNO
  • Todak Gaming

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi ASUS Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend