‘ASUS Grand Sale’ Di Shopee Tawar Baucar Sehingga RM200,000, Diskaun Sehingga RM1,000 Dan Pelbagai Ganjaran Menarik Comments Off on ‘ASUS Grand Sale’ Di Shopee Tawar Baucar Sehingga RM200,000, Diskaun Sehingga RM1,000 Dan Pelbagai Ganjaran Menarik

Bermula hari ini (27 Mei) hingga 29 Mei 2019, ASUS Malaysia telah menganjurkan tawaran menarik untuk setiap pembelian produk ASUS yang dibeli melalui platform e-dagang di Shopee.

Sepanjang tempoh promosi yang akan berlangsung selama tiga hari ini, anda boleh memiliki telefon pintar dan juga komputer riba keluaran ASUS pada potongan harga yang sangat hebat. Untuk hari ini (27 Mei 2019), anda boleh menikmati pelbagai tawaran menarik seperti berikut:

  • ASUS ZenFone Max Pro M1 (6GB + 64GB) – RM629 (RM799)
  • ASUS ZenFone Max M2 (4GB + 32GB) – RM549 (RM699)
  • ASUS ZenFone 4 Selfie (4GB + 64GB) – RM399 (RM549)
  • ASUS Cerberus Gaming Headset – RM139 (RM169)
  • ASUS VivoBook A407U 14″ Laptop – RM1,599 (RM1,699)

Manakala 30 pra-tempah pertama untuk model komputer riba ASUS TUF Gaming FX505 dan juga ASUS VivoBook Ultra A412 secara eksklusif di Shopee, pembeli akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM278 iaitu ASUS Cerberus Gaming Headset dan juga ASUS ZenPower.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan baucar bernilai antara RM50 hingga RM300 dengan nilai belian minimum yang telah ditetapkan untuk kesemua model komputer riba (kecuali model baru). Manakala setiap pembelian aksesori ASUS akan turut menerima diskaun sebanyak 7% (tiada nilai belian minimum), dan pembelian ROG Phone pula akan menerima pulangan tunai sebanyak 6%.

Bersempena promosi ‘ASUS Grand Sale’ ini juga, ASUS Malaysia turut menjanjikan tawaran harga terendah untuk pelbagai produk keluarannya, termasuklah komputer riba, telefon pintar, dan juga aksesori.

  • Nikmati pelbagai tawaran dan ganjaran hebat sempena ‘ASUS Grand Sale’, eksklusif di Shopee
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend