ASUS Dan NVIDIA Umum Monitor Gaming 1080p 360Hz Dengan Kemunculan Model ROG Swift 360 Comments Off on ASUS Dan NVIDIA Umum Monitor Gaming 1080p 360Hz Dengan Kemunculan Model ROG Swift 360

Walaupun acara CES 2020 masih lagi belum bermula secara rasmi, NVIDIA dan ASUS kini telah mengejutkan orang ramai apabila telah mengumumkan monitor gaming dengan kadar segar semula 360Hz yang merupakan paparan esukan paling laju di dunia.

ROG Swift 360 yang direka khusus untuk para pemain profesional telah menampilkan sokongan skrin berukuran 24.5 inci dengan resolusi 1080p. Dilengkapi teknologi pemproses G-Sync, monitor ini mampu mengatasi isu screen tearing ketika bermai permainan dengan kadar segar semula yang tinggi.

This slideshow requires JavaScript.

 

Selain kadar segar semula 360Hz dengan paparan bingkai bagi setiap 2.8 milisaat, ROG Swift 360 ini juga menyokong animasi yang lebih lancar, serta kependaman (latency) dan isu ghosting yang lebih rendah berbanding model sebelum ini.

kredit: Devindra Hardawar/Engadget

ROG Swift 360 yang merupakan monitor dengan sokongan teknologi NVIDIA 360Hz G-Sync ini merupakan yang pertama diperkenalkan di pasaran. Namun begitu, buat masa ini harga dan juga ketersediaan ROG Swift 360 masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend