ASUS Dan Google Bercadang Untuk Perkenal Aplikasi Stadia Secara Pra-pasang Pada ROG Phone III Comments Off on ASUS Dan Google Bercadang Untuk Perkenal Aplikasi Stadia Secara Pra-pasang Pada ROG Phone III

ROG Phone sememangnya terkenal di kalangan peminat permainan mudah alih kerana ia hadir dengan sokongan spesifikasi berkuasa, rekaan fizikal yang unik dan juga tersedia dengan pelbagai aksesori khusus untuk permainan mudah alih.

Bagi memastikan pengalaman permainan terbaik, ASUS dan Google dilaporkan telah bekerjasama untuk memperkenalkan ROG Phone III dengan sokongan aplikasi Stadia secara pra-pasang.

Menurut ASUS kerjasama itu akan bermula pada tahun depan, dan ROG Phone generasi akan datang dengan sokongan aplikasi Stadia yang menawarkan perkhidmatan permainan awan (cloud gaming service) ini boleh dinikmati di 14 buah negara seperti berikut:

  • Amerika Syarikat
  • Belgium
  • Denmark
  • Finland
  • Ireland
  • Itali
  • Jerman
  • Kanada
  • Netherlands
  • Norway
  • Perancis
  • Sepanyol
  • Sweden
  • United Kingdom

Walau bagaimanapun, aplikasi Stadia ini masih boleh dipasang secara manual pada model ROG Phone II. Namun begitu, malangnya pemilik ROG Phone II di negara ini tidak boleh memasang aplikasi tersebut berikutan ia masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend