ASUS Akan Hadir Dengan Telefon Pintar ‘Gaming’ Pertamanya Pada Masa Akan Datang Comments Off on ASUS Akan Hadir Dengan Telefon Pintar ‘Gaming’ Pertamanya Pada Masa Akan Datang

Sejak kebelakangan ini, pengeluar telefon pintar dilihat semakin cenderung untuk memperkenalkan telefon pintar berasaskan Android yang memfokuskan kepada gaming. Ini jelas dapat dilihat melalui pelancaran dua telefon pintar gaming yang mendapat perhatian ramai seperti model Razer Phone dan juga Xiaomi Black Shark.

Bersempena dengan majlis pembukaan kedai ASUS yang ke-100 di Filipina, ASUS juga nampaknya telah mengesahkan untuk memperkenalkan telefon pintar gaming pertamanya pada masa akan datang. Pengesahan ini telah disahkan sendiri oleh CEO ASUS Global, Jerry Shen selepas ditanya oleh wartawan tempatan (minit ke 17:52).

Walaupun begitu, ASUS tidak mendedahkan sebarang maklumat berkaitan peranti gaming yang akan dibangunkannya itu, dan ini termasuklah nama dan juga tarikh pelancarannya. Tetapi memandangkan ASUS memiliki kepakaran dalam penghasilan produk gaming melalui jenama ROG (Republic of Gamers), tidak mustahil jika telefon pintar gaming pertama dari ASUS ini akan turut membawakan jenama ROG itu sendiri.

ASUS ZenFone 5Z juga memiliki keupayaan gaming yang sangat baik kerana dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, dengan RAM berkapasiti 8GB.

Seperti yang kita ketahui, telefon pintar gaming sedia ada di pasaran seperti Razer Phone telah mempertaruhkan paparan skrin dengan sokongan kadar segar semula mencecah sehingga 120Hz, manakala Xiaomi Black Shark pula memiliki kelebihan dari segi sistem penyejukan berasaskan cecair. Jadi apakah ciri utama yang akan difokuskan oleh ASUS pada peranti gaming pertama keluarannya itu nanti?!

Sumber : astig.ph

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend