Assidq.com Kini Diperkenalkan Sebagai Pasaran Islamik Dalam Talian Yang Pertama Di Malaysia Comments Off on Assidq.com Kini Diperkenalkan Sebagai Pasaran Islamik Dalam Talian Yang Pertama Di Malaysia

Sedania As Salam Capital Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Sedania Innovator Berhad, baru-baru ini telah melancarkan platform Assidq.com​ yang merupakan pasaran Islamik dalam talian yang pertama di Malaysia. Platform ini menyediakan perkhidmatan padanan kewangan untuk produk-produk Islamik seperti pembiayaan peribadi dan kad kredit patuh Syariah.

Melalui kolaborasi dengan rakan perbankan seperti Alliance Bank & Alliance Islamic Bank, Standard Chartered & Standard Chartered Saadiq dan MBSB, Assidq.com membolehkan pelanggan untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dan kad kredit dari institusi kewangan yang diiktiraf di negara ini.

Platform ini telahpun digunakan oleh lebih daripada 50 institusi kewangan di negara ini, As-Sidq juga mematuhi Piawaian Antarabangsa Perakaunan dan Pengauditan Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) di Bahrain. Komoditi yang diperdagangkan adalah kredit masa berbual yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dalam bentuk digital yang menjadikan dagangan yang lebih tepat, beroperasi pada waktu sebenar (real-time) dan tidak tertakluk kepada waktu dagangan pasaran komoditi lain.

Assidq.com akan menguruskan setiap permohonan pengguna dengan teliti sebelum menyediakan maklumat penting kepada institusi perbankan yang terlibat. Ini bukan sahaja akan menguntungkan pihak bank kerana kos operasi akan dikurangkan apabila proses permohonan telah disahkan. Malah bagi pengguna pula ia akan menyingkatkan proses permohonan dan juga kelulusan.

Apabila pengguna memberikan maklumat-maklumat mengikut parameter yang ditetapkan, mereka akan dipadankan dengan produk kewangan Islamik tertentu dan Assidq.com akan menyerahkan permohonan yang lengkap disertakan dokumen sokongan yang diperlukan kepada pihak bank. Secara biasanya, sebuah bank mengambil masa dua minggu untuk meluluskan permohonan pembiayaan peribadi tetapi dengan proses pemeriksaan komprehensif oleh Assidq.com, permohonan boleh diluluskan dalam masa 24 jam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi https://assidq.com/home

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend