Asphalt 9: Legends Dalam Versi ‘Early Access’ Kini Sudah Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Android Comments Off on Asphalt 9: Legends Dalam Versi ‘Early Access’ Kini Sudah Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Android

Gameloft baru sahaja mengumumkan permainan Asphalt 9: Legends untuk peranti Android pada bulan lepas, dan ia hanya boleh dimuat turun secara eksklusif melalui Play Store di Filipina sahaja. Nampaknya peminat siri permainan perlumbaan paling popular di Malaysia juga kini sudah boleh memuat turunnya secara rasmi di Play Store.

Asphalt 9: Legends yang menyokong saiz fail yang sangat besar melebihi 1GB ini menjanjikan lebih banyak model kereta berlesen dan juga grafik yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Lebih menariknya, ia kini menyokong paparan HDR dan juga rendering berasaskan fizikal (PBR) yang menjanjikan grafik lebih berkualiti, serta pengalaman permainan perlumbaan arked.

Sungguhpun begitu, pemilik peranti Android di Malaysia hanya boleh memuat turun Asphalt 9: Legends versi ‘Early Access’ yang mana ia masih lagi dalam peringkat pembangunan. Bagi yang berminat untuk mencuba siri perlumbaan terbaru Asphalt ini, anda boleh memuat turunnya di Google Play Store secara percuma.

Muat turun Asphalt 9: Legends – Google Play Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend