
Apple dikatakan akan melancarkan Apple Watch Series 3 dengan sokongan LTE pada 11 Mei 2018 depan untuk pasaran tiga buah negara iaitu India, Sweden dan juga Denmark. Menurut MacRumours, pengguna di ketiga-tiga negara tersebut boleh membuat pra-tempah Apple Watch Series 3 LTE ini bermula 4 Mei nanti.
Melalui laman rasmi Apple di tiga negara itu, Apple Watch Series 3 dengan sokongan LTE ini hanya boleh dimiliki secara eksklusif di telco utama tempatan iaitu telco ‘3’ untuk Sweden dan Denmark. Manakala pengguna di India pula boleh mendapatkannya melalui telco ‘Reliance Jio’ dan ‘Airtel’.
Apple Watch Series 3 dengan sokongan LTE ini akan turut dilancarkan di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Jepun, Puerto Rico, Switzerland, dan UK pada 22 September 2018.