Apple Tutup Semua Kedai Dan Pejabat Di China Sehingga Hujung Minggu Ini Comments Off on Apple Tutup Semua Kedai Dan Pejabat Di China Sehingga Hujung Minggu Ini

Wabak penyakit berjangkit Koronavirus sehingga kini masih lagi belum menemui penawarnya malah angka kematian dilaporkan terus meningkat.

Melihat kepada kesiriusan wabak ini kepada manusia, Apple telah mengambil keputusan untuk menutup semua Apple Store, pusat perkhidmatan, dan pejabat pengurusannya di seluruh China sehingga 9 Februari 2019.

Penutupan premis ini adalah bertujuan untuk melindungi kakitangan daripada terdedah dengan bahaya Koronavirus. Tindakan ini turut mendapat sokongan daripada pakar kesihatan disana. Walaubagaimanapun, penduduk China masih lagi boleh mendapatkan produk Apple seperti biasa melalui kedai dalam talian.

Tindakan sebegini bukanlah pertama kali untuk syarikat teknologi malah telah dilakukan oleh Xiaomi pada minggu lalu – namun telah dibuka semula hari ini.

melaui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend