Apple Tingkatkan Pengeluaran AirPods Dan AirPods Pro Comments Off on Apple Tingkatkan Pengeluaran AirPods Dan AirPods Pro

Permintaan fon telinga tanpa wayar sepenuhnya atau dikenali sebagai TWS kini semakin meningkat di kalangan pengguna. Apple sebagai salah satu pengeluar terbesar dalam industri ini kini dilaporkan sedang berusaha meningkatkan pengeluaran untuk AirPods` dan AirPods Pro.

Menurut Nikkei Asian Review, ibu pejabat Apple di Cupertino telah mengeluarkan memo kepada semua kilang mereka untuk meningkatkan jumlah produksi untuk dua produk tersebut.

Rakan syarikat pembuat AirPods Pro iaitu Luxshare-ICT memberitahu Apple meminta mereka menggandakan kuantiti pengeluaran daripada 1 juta kepada 2 juta unit sebulan. Sementara AirPods dengan sarung pengecasan tanpa wayar yang dipasang oleh GoerTek di Vietnam difahamkan telah menambah produksi fon telinga tersebut tetapi dalam amaun yang sedikit.

TWS daripada Apple ialah produk yang paling laris setakat ini. Penganalisa menjangkakan sebanyak 200 juta unit bakal terjual dalam masa setahun dengan sasaran 80 juta unit akan terjual pada awal tahun 2020.

Terdahulu, Bloomberg melaporkan Apple mungkin berjaya menjual AirPods Pro mereka sebanyak 60 juta unit menjelang penghujung 2019. Di Malaysia, AirPods Pro telah mula dijual semalam dengan tanda harga RM1099.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend