Apple Tidak Lagi Jual iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Comments Off on Apple Tidak Lagi Jual iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

Lewat malam semalam, Apple telah melancarkan iPhone SE 2020 (iPhone SE 2nd Generation) secara senyap tanpa sebarang strim video secara langsung. Kehadiran peranti itu juga akhirnya menamatkan penantian peminat Apple sejak sekian lama.

iPhone SE merupakan iPhone bajet daripada Apple yang menawarkan harga mampu milik iaitu bermula RM1999 di Malaysia. Namun kehadiran peranti ini juga turut menyingkirkan beberapa model iPhone terdahulu.

Jika iPhone 8 dan 8 Plus yang sebelum ini ditawarkan walaupun siri iPhone 11 mula dijual, kedua-dua kini dihentikan penjualannya. Hal ini kerana iPhone SE 2020 memiliki harga yang lebih murah berbanding dua model tersebut malahan ciri-ciri yang disertakan juga jauh lebih baik, salah satunya ialah iPhone SE 2020 menggunakan cip pemproses yang berkuasa sama seperti iPhone 11 Pro.

iPhone SE 2020 dengan iOS 13

Walaupun reka bentuk luaran iPhone SE dan iPhone 8 adalah sama, perbezaannya boleh dilihat daripada segi kamera. iPhone SE menyokong penggambaran bokeh (untuk manusia sahaja) dengan pelbagai kesan efek untuk digunakan. Selain itu, iPhone SE juga menyokong pengecasan pantas 18W selain menyokong sambungan WiFi 6 dan Bluetooth 5.0.

Apa-apapun kami pasti iPhone SE 2020 ini akan menjadi ‘pisang goreng panas’ sebaik ia mula dijual di pasaran Malaysia kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend