Apple Terpaksa Akur Untuk Menyekat Akses App Store Di Iran Comments Off on Apple Terpaksa Akur Untuk Menyekat Akses App Store Di Iran

Disebabkan terpaksa akur dengan tekanan dari kerajaan, Apple nampaknya terpaksa mengambil keputusan untuk menyekat pemilik peranti iOS di Iran daripada mengakses App Store. Sungguhpun begitu, keputusan yang dibuat ini bukanlah kehendak Apple kerana perkara ini sebenarnya telah berlarutan hampir dua tahun, di mana Apple dilihat telah mengurangkan aplikasi yang telah dihantar oleh pembangun di Iran atas sebab sekatan dari kerajaan Amerika Syarikat.

Menurut tweet dari pembangun aplikasi iOS Saeed Taheri dan juga beberapa pembangun aplikasi dari Iran yang lain, ramai di antara pemilik peranti iOS di Iran tidak boleh mengakses App Store kerana ia akan memaparkan mesej ralat. Berdasarkan perkongsian mereka, akses App Store dengan menggunakan alamat IP di Iran akan memaparkan mesej “The App Store is unavailable in the country or region you’re in.”.

Sekatan App Store di Iran sememangnya sangat mengecewakan pengguna kerana mereka tidak lagi boleh melihat ataupun memuat turun aplikasi pada peranti iOS mereka.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend