Apple Special Event Pada 10 September Ini Bakal Menampilkan iPhone 11 Dan Banyak Lagi Comments Off on Apple Special Event Pada 10 September Ini Bakal Menampilkan iPhone 11 Dan Banyak Lagi 323

Ini bermakna 11 September 2019 (waktu Malaysia) merupakan hari di mana iPhone 11, Watch Series 5, dan banyak lagi akan diperkenalkan.

Apple hari ini telah mula menghantar jemputan kepada para media antarabangsa untuk acara Apple Special Event. Ianya hari yang mana Apple akan memperkenalkan barisan iPhone terbaru dan beberapa kejutan lain termasuklah Watch Series generasi terkini malah mungkin beberapa produk lain.

Rekaan yang didakwa akan digunakan pada iPhone 11

Menurut khabar angin yang bertiup selama ini, kita bakal melihat beberapa model telefon pintar antaranya iPhone 11 (XR 2019), iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max pada masa sama menampilkan rekaan serba baharu selepas dua tahun mengekalkan rekaan sama pada X dan XS.

Selain itu, Apple mungkin membawakan ‘inovasi’ kepada peminat jenama dari Amerika Syarikat ini menerusi konfigurasi tri-kamera utama selain akan menyertakan palam pengecasan pantas terus dari kotak.

Jadi, sama-sama kita nantikan sehingga acara ini berlangsung.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend