Apple Music Kini Mempunyai 60 Juta Pelanggan Comments Off on Apple Music Kini Mempunyai 60 Juta Pelanggan 446

Pada April lalu, Apple mengesahkan bahawa Apple Music telah mempunyai 50 juta pelanggan di Amerika Syarikat, sekaligus memintas jumlah pelanggan Spotify di sana.

Setelah itu, Spotify nampaknya tidak senang dengan kejayaan Apple seterusnya menawarkan pakej langganan yang lebih menarik kepada pengguna. Akhirnya, Spotify telah berjaya memintas semula Apple dengan rekod lebih 100 juta pelanggan.

Bagaimanapun, Apple hari ini melalui Senior Vice President, Eddy Cue memaklumkan bahawa Apple Music kini mempunyai 60 juta pelanggan. Beliau turut memberitahu, dalam ekosistem Apple, Apple Music merupakan perkhidmatan penstriman nombor satu.

Ini jelas sekali walaupun penjualan iPhone tidak begitu memberansangkan buat masa ini, Apple masih menjana pendapatan lebih lumayan melalui perkhidmatan mereka.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend