Apple Mungkin Akan Menaik Taraf Siri Agar Lebih Pintar Dan Hadir Dengan Suara Baru Di WWDC 2018 Nanti Comments Off on Apple Mungkin Akan Menaik Taraf Siri Agar Lebih Pintar Dan Hadir Dengan Suara Baru Di WWDC 2018 Nanti

Tinggal kurang dari dua minggu sebelum Apple melangsungkan acara tahunan WWDC 2018 pada 4 Jun nanti, Apple nampaknya sudahpun cuba berkongsi klu awal tentang perancangannya untuk Siri sebagai sebahagian daripada kemas kini terbaru iOS 12.

Pendedahan awal ini telah dikongsikan oleh The Apple Post selepas soalan “Hey Siri. Tell me about WWDC” ditanya pada Siri, ia tidak memberikan jawapan seperti yang sepatutnya. Sebaliknya ia akan memberikan dua jawapan berbeza iaitu “La la la, Siri is getting a brand new voice!” dan juga “I don’t want to brag, but I’m getting a lot smarter. It must be all that late night studying I’ve been doing…”.

Berdasarkan kepada dua jawapan yang diberikan oleh Siri, ia berkemungkinan besar merujuk kepada kemas kini baru yang akan menampilkan penggunaan suara baru dan juga keupayaan yang lebih pintar. Tambahan pula sebelum ini Apple dilihat telah mendapatkan kepakaran AI dari John Giannanadrea dalam usaha mempertingkatkan keupayaan Siri.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend