Apple Mula Jual Kit Roda Dan Kaki Untuk Mac Pro – 4 Biji Roda Dijual Lebih RM3k Comments Off on Apple Mula Jual Kit Roda Dan Kaki Untuk Mac Pro – 4 Biji Roda Dijual Lebih RM3k

Sejak semalam Apple kembali aktif menawarkan beberapa produk terbaru mereka dan yang terkini ialah sebuah kit roda untuk Mac Pro. Satu set roda tersebut dijual pada harga US$699 (~RM3055) untuk empat biji.

Apa yang membuatkan roda ini begitu mahal dan eksklusif adalah binaan terasnya yang diperbuat daripada bahan keluli tahan karat (stainless steel) dan permukaan getah pula memudahkan ia untuk digerakkan apabila dipasang pada Mac Pro.

Selain daripada kit roda, Apple juga mula menjual kit kaki. Empat batang kaki yang diperbuat daripada keluli tahan karat ini ditawarkan pada harga US$299 (~RM1307) sama juga untuk empat biji.

Kedua-dua kit ini belum dijual di pasaran Malaysia dan mungkin akan ditawarkan tidak lama lagi. Bagi yang belum tahu, Mac Pro merupakan CPU paling berkuasa daripada Apple pada ketika ini. Harga jualannya mencapai RM217,599 (tidak termasuk Magic Mouse 2, Magic TrackPad 2, dan perisian Final Cut Pro X) dan jika anda mahukannya, boleh ke kedai dalam talian Apple Malaysia untuk pembelian.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend