Apple Menyingkirkan Fungsi ‘Group FaceTime’ Pada Kemas Kini iOS 12 Beta Versi Terbaru Comments Off on Apple Menyingkirkan Fungsi ‘Group FaceTime’ Pada Kemas Kini iOS 12 Beta Versi Terbaru

Apabila Apple mengumumkan iOS 12 pada Jun yang lalu, salah satu fungsi menarik yang mendapat perhatian ramai adalah keupayaan untuk membuat panggilan FaceTime secara berkumpulan atau lebih dikenali sebagai ‘Group FaceTime’.

Nampaknya fungsi itu tidak akan boleh digunakan oleh pemilik peranti iOS buat masa terdekat ini dan mungkin ia akan ditunda untuk satu tempoh masa yang masih lagi belum didedahkan buat masa ini. Ini berikutan tindakan Apple yang dilihat telah menyingkirkan fungsi tersebut daripada kemas kini iOS 12 Beta versi terbaru.

Fungsi Group FaceTime pada peranti iOS dan Mojave telah ditunda buat masa ini.

Malah fungsi Group FaceTime itu juga turut disingkirkan daripada kemas kini Mojave untuk komputer keluaran Apple. Apa yang pasti penyingkiran fungsi yang sangat dinanti-nantikan oleh pengguna ini sudah satu berita yang sangat mengecewakan kerana ia merupakan salah satu fungsi utama yang telah diumumkan oleh Apple sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend