Apple Menjual Lebih Banyak Jam Berbanding Pembuat Jam Swiss Comments Off on Apple Menjual Lebih Banyak Jam Berbanding Pembuat Jam Swiss

Penjualan Apple Watch telah meningkat sebanyak 36% atau 31 juta unit sepanjang tahun 2019. Angka ini secara tidak langsung jauh lebih besar berbanding penjualan jam keluaran Swiss.

Menurut Strategy Analytics juga, golongan muda lebih tertarik untuk mendapatkan jam yang boleh dipaut pada telefon pintar. Manakala pembuat jam Swiss telahpun gagal melancarkan produk yang boleh menandingi Apple.

Dalam arena jam pintar, Apple bukanlah satu-satunya syarikat yang mengeluarkan produk seumpama ini bahkan kita boleh lihat jenama lain terutamanya dari Swiss antaranya seperti Swatch, Fossil, Tag Heuer, Breitling, Montblanc, dan beberapa jenama lain lagi.

Apple Watch Series 5 edisi Nike+

Jumlah jualan untuk jam Swiss nampaknya hanya merekodkan sebanyak 21.1 juta unit pada tahun yang sama – jam mekanikal dan jam pintar.

Pengarah Strategy Analytics, Neil Mawston berkata, “Pengeluar jam tradisional Swiss seperti Swatch dan Tissot telah kalah dalam peperangan jam pintar. Apple Watch ialah produk yang baik yang dapat memberikan pengalaman interaktif kepada pengguna. Kini tiada ruang untuk jenama Swiss menguasai pasaran jam pintar disebabkan impak yang diterima.”

Hanya lima tahun untuk Apple mendominasi pasaran jam sejak generasi pertama Apple Watch dilancarkan pada 2015. Sehingga kini, tiada lagi pengeluar yang berjaya menghasilkan jam pintar sebaik Apple Watch.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend