Apple Mendominasi 52% Daripada Perkongsian Pasaran Global Untuk Telefon Pintar Premium Comments Off on Apple Mendominasi 52% Daripada Perkongsian Pasaran Global Untuk Telefon Pintar Premium

Berdasarkan laporan yang dikongsikan oleh Counterpoint, pasaran global untuk telefon pintar premium telah menyaksikan penurunan jualan sebanyak 7% berbanding tahun lepas. Malah hampir semua pengeluar utama telefon pintar premium telah dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G, kecuali jenama Apple.

Sungguhpun begitu, Apple dilihat telah berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 1% untuk tahun-ke-tahun, iaitu daripada 48% pada suku ketiga tahun 2018 kepada 52% pada suku ketiga tahun ini. Menurut laporan yang dikongsikan, selain permintaan tinggi terhadap siri iPhone 11, iPhone XR merupakan model global paling laris untuk segmen premium.

Manakala Samsung dan HUAWEI berjaya berada di kedudukan kedua dan ketiga untuk segmen telefon pintar premium, iaitu masing-masing mencatatkan sebanyak 25% dan 12%. Selain itu OnePlus dan LG telah berjaya mencatatkan peratusan perkongsian pasaran peranti premium yang sama iaitu masing-masing memperolehi 2%.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend