Apple Menahan 12 Individu Yang Membocorkan Maklumat Berkaitan Produk Keluarannya Pada Tahun Lepas Comments Off on Apple Menahan 12 Individu Yang Membocorkan Maklumat Berkaitan Produk Keluarannya Pada Tahun Lepas

Isu kebocoran maklumat berkaitan sesebuah peranti ataupun perkhidmatan sebelum sempat ia diumumkan secara rasmi boleh dianggap satu perkara biasa. Tetapi sebagaimana yang kita ketahui, Apple sangat mengambil berat isu ini dan baru-baru ini telah mengeluarkan satu memo dalaman berhubung perkara tersebut.

Berdasarkan kepada memo yang dikeluarkan itu, Apple telah merujuk kepada isu kebocoran maklumat berkaitan strategi dan juga fungsi baharu yang akan diperkenalkan pada iOS 12 nanti. Ini kerana pada pendapat Apple, pendedahan sebegini boleh menyebabkan mereka lebih berisiko untuk ‘dimainkan’ oleh pihak media.

Apple sememangnya sangat tegas dalam isu keselamatan para pekerjanya.

Melalui laporan yang dikongsikan oleh Bloomberg, Apple telah berjaya menangkap seramai 29 individu yang telah membocorkan maklumat dalaman kepada pihak media, dan 12 daripadanya telah berjaya ditahan. Selain daripada pekerja Apple, individu yang mendedahkan maklumat sulit ini turut terdiri daripada pihak rakan kongsi yang membekalkan perkakasan untuk Apple.

Berikut adalah memo dalaman yang telah dikongsikan oleh Apple :

The employee who leaked the meeting to a reporter later told Apple investigators that he did it because he thought he wouldn’t be discovered. But people who leak — whether they’re Apple employees, contractors or suppliers — do get caught and they’re getting caught faster than ever.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend