Apple Memulakan Produksi iPhone 9 Bulan Hadapan, Pelancaran Bulan Mac Comments Off on Apple Memulakan Produksi iPhone 9 Bulan Hadapan, Pelancaran Bulan Mac

Menurut Bloomberg, sumber dari pembekal telah memberitahu bahawa Apple bakal memulakan pemasangan telefon kos rendah, iPhone 9 tidak lama lagi iaitu pada Februari bulan hadapan seterusnya dilancarkan pada bulan Mac akan datang.

Pemasangan akan dibuat di beberapa buah kilang di Taiwan iaitu di Hon Hai Precision Industry (Foxconn), Pegatron Corp, dan Winstron Corp.

Laporan turut mendakwa iPhone 9 akan hadir dengan reka bentuk diinspirasikan daripada iPhone 8 yang akan dilengkapi butang home TouchID, paparan 4.7-inci, serta cipset A13 Bionic yang ada pada iPhone 11 sekarang ini.

Khabar angin mengenai iPhone 9 telah lama kita dengari sejak dua tahun lalu. Pertama adalah pada 2017 yang mengatakan ia bakal muncul seawal 2018. Selepas itu timbul lagi pada penghujung tahun lalu dan akhirnya lebih banyak desas-desus diperdengarkan sejak beberapa minggu ini.

Terdahulu, Apple dikatakan mahu membawa iPhone dalam segmen pertengahan. Mereka juga didakwa akan melancarkan lima model iPhone pada tahun ini menerusi iPhone 9, iPhone 12 dengan dua pilihan konfigurasi kamera, iPhone 12 Pro, dan iPhone 12 Pro Max.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend