Apple Mempertimbangkan Idea Untuk Menggunakan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Untuk iPhone Di China Comments Off on Apple Mempertimbangkan Idea Untuk Menggunakan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Untuk iPhone Di China 256

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum bahawa permintaan terhadap peranti iPhone di China telah mengalami kemerosotan yang sangat ketara sejak kebelakangan ini. Antara penyebab utama yang mendorong pengguna di China beralih ke jenama lain adalah disebabkan oleh faktor harga jualan yang sangat tinggi, tetapi inovasi yang diperkenalkan tidak begitu meyakinkan.

Bagi mengembalikan semula perhatian pengguna di negara itu, terdapat sumber yang telah melaporkan bahawa Apple telah merancang untuk memperkenalkan iPhone versi bajet dengan sokongan sensor pengimbas cap jari di dalam skrin, khusus untuk pasaran di China.

Teknologi pengimbas cap jari dalam skrin yang sebelum ini telah dipatenkan oleh Apple sebelum ini.

Keputusan untuk menggantikan Face ID pada iPhone telah dibuat bagi mengurangkan kos penghasilan iPhone, sekaligus memastikan harga jualan lebih rendah. Malah Apple juga sebelum ini telah mempatenkan teknologi pengimbas cap jari yang dikenali sebagai ‘MicroLED Sensing Display’.

Namun begitu, berita ini masih belum dapat dipastikan kebenarannya kerana teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin hanya boleh digunakan pada panel berasaskan OLED sahaja. Jadi penggantian panel LCD pada varian paling rendah iPhone mungkin akan meningkatkan kos penghasilannya, tetapi ia mungkin tidak semahal penggunaan teknologi Face ID.

sumber

Baca juga:

Fortsense Perkenal Teknologi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Untuk Panel LCD Pertama Di Dunia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend