Apple Memohon Paten Untuk Rekaan Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Tanpa Kedutan Comments Off on Apple Memohon Paten Untuk Rekaan Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Tanpa Kedutan

Kehadiran telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat bukanlah sesuatu yang baru kerana peranti sebegini terlebih dahulu diperkenalkan oleh jenama popular lain seperti Samsung dengan Galaxy Fold, dan juga Mate X keluaran HUAWEI.

Berkemungkinan Apple juga akan turut hadir dengan peranti sebegini, apabila Pejabat Paten dan Tanda Dagangan AS telah mendedahkan permohonan paten yang dibuat oleh Apple pada awal minggu ini.

Rekaan paten yang tampil dengan nama ‘Electronic devices with flexible displays and hinges’ ini telah menyaksikan rekaan skrin boleh lipat dengan sokongan mekanisma engsel yang dikatakan mampu memastikan lipatan peranti tanpa menyebabkan permukaan skrin berkedut.

Sungguhpun begitu, rekaan skrin boleh lipat tanpa kedutan ini sudahpun berjaya diperkenalkan pada Motorola Razr. Namun berdasarkan ulasan yang dikongsikan oleh media yang mencubanya, terdapat bunyi apabila Motorola Razr dilipat.

Jadi dengan sumber kewangan yang Apple ada, berkemungkinan ia mampu memperbaiki segala kekurangan pada telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat keluarannya itu nanti.

sumber, melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend