Apple Memadam “Ratings & Review” Pelanggan Di Laman Sesawang Mereka Comments Off on Apple Memadam “Ratings & Review” Pelanggan Di Laman Sesawang Mereka

Apple dilaporkan telah memadam tab “Ratings & Review” untuk semua produk yang tersenarai di portal rasmi mereka. Perkara ini telah disedari salah seorang pengguna yang melayari laman sesawang tersebut baru-baru ini.

Menurut AppleInsider, tindakan ini bukanlah kesilapan yang tidak disengaja kerana ia melibatkan laman Apple AS, UK, dan Australia. Namun, belum boleh dipastikan lagi sama ada Apple sengaja melakukannya ataupun tidak.

Tangkap skrin pada 16 Nov dan 17 Nov

Dengan membuang bahagian ulasan dan penarafan, ia mungkin akan memberi kesan kepada bakal pembeli. Ia juga akan menyukarkan pengguna untuk mengukur sejauh mana baiknya sesuatu produk tersebut.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend