Apple Melepaskan Kemas Kini iOS 11.3, Tetapi Hanya Untuk iPad 9.7″ Terbaru Keluarannya Comments Off on Apple Melepaskan Kemas Kini iOS 11.3, Tetapi Hanya Untuk iPad 9.7″ Terbaru Keluarannya

Berbeza dengan peranti Android yang akan menerima kemas kini bergantung kepada pengeluar, pemilik peranti iOS dilihat akan menerima kemas kini terbaru secara serentak untuk semua model keluaran Apple.

Sungguhpun begitu, Apple baru-baru ini telah mengambil pendekatan yang agak berbeza dengan mengumumkan ketersediaan kemas kini terbaru iOS 11.3 hanya untuk model iPad 9.7 inci yang baru diumumkannya. Tindakan ini dilihat agak pelik kerana kebiasaannya Apple akan melepaskan kemas kini terbaru secara serentak untuk semua perantinya. Malah sehingga kini tiada sebarang kenyataan dibuat oleh mereka berhubung perkara tersebut.

Buat masa ini, versi paling terkini adalah iOS 11.2.6 dan kemas kini iOS 11.3 akan didatangkan dengan fungsi baharu iaitu Battery Health yang membolehkan pengguna untuk memeriksa kapasiti maksimum bateri mereka. Selain itu pengguna juga boleh mematikan fungsi yang menyekat prestasi peranti mereka sekiranya kapasiti bateri tidak mencapai tahap optimum.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend