Apple Mahu Lancar iPhone SE 2 Tapi Dengan Rekaan iPhone 8 Comments Off on Apple Mahu Lancar iPhone SE 2 Tapi Dengan Rekaan iPhone 8

Apple telah memperkenalkan iPhone SE sebagai jalan alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan iPhone yang berkuasa tetapi pada harga yang rendah. Salah satu faktor yang membolehkan Apple menjualnya dengan murah adalah menggunakan reka bentuk iPhone lama.

Jadi untuk iPhone SE seterusnya, ia mungkin hadir dengan reka bentuk ‘serba baharu’. iPhone SE 2 dijangka tampil dengan rekaan iPhone 8, yang mana akan memberi perubahan pada pengalaman skrin. iPhone SE generasi ke-2 akan hadir dengan paparan 4.7-inci berbanding 4-inci.

iPhone 8 Jet Black

Menurut laporan terbaru, iPhone SE 2 akan dilengkapi cip pemproses A13 Bionic yang sama digunakan pada barisan iPhone 11 sekarang. Tetapi untuk memori, ia tidaklah dipadankan dengan 4GB RAM sebaliknya dengan 3GB RAM seperti iPhone X atau XR.

Penganalisa turut menjangkakan peranti ini mampu dijual pada tahun hadapan sebanyak 30 hingga 40 juta unit. Kehadiran iPhone SE ke pasaran adalah langkah terbaik Apple bagi memastikan penjualan iPhone kukuh memandangkan pengguna iPhone yang lebih mahal semakin berkurangan.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend