Apple Magic Keyboard Untuk iPad Pro Diperkenalkan – RM1349 Dan RM1549 Comments Off on Apple Magic Keyboard Untuk iPad Pro Diperkenalkan – RM1349 Dan RM1549

Apple baru sahaja memperkenalkan MacBook Air dan iPad Pro yang baharu. MacBook Air kini dilengkapi papan kekunci Magic dan untuk iPad Pro, Apple turut menawarkan papan kekunci yang sama tetapi perlu dibeli secara berasingan. Oleh itu Magic Keyboard untuk iPad Pro 12.9″ dan iPad Pro 11″ telah diperkenalkan.

Papan kekunci ini menggunakan mekanisma yang sama seperti yang ada pada MacBook Air atau MacBook Pro. Butang-butang menggunakan mekanisma gunting mempunyai perjalanan 1mm untuk pengalaman menaip yang reponsif, selesa, dan senyap. Papan kekunci ini juga memiliki cahaya backlit yang mudah dilihat dalam persekitaran gelap. Selain itu, di bawah butang ‘Space’ pula terdapat pad sesentuh untuk menggerakkan kursor.

Magic Keyboard hadir dengan reka bentuk seakan sarung pelindung, tetapi kini lebih praktikal yang mana pengguna boleh mengapungkan iPad Pro mereka dengan melaras tahap pandangan di leher Magic Keyboard.

Aksesori ini boleh dilekapkan di belakang iPad Pro dan papan kekuncinya pula boleh dilipat untuk dijadikan pelindung kepada skrin. Bagi memudahkan pengguna, Apple telah meletakkan satu port USB-C di bahagian tepi ensel Magic Keyboard untuk mengecas iPad Pro.

Magic Keyboard ditawarkan pada harga RM1349 untuk iPad Pro 11″ dan RM1549 untuk iPad Pro 12.9″, kedua-duanya boleh dipilih sama ada dalam bahasa Inggeris, Arab, Cina (Zhuyin), Cina (Pinyin), dan Jepun. Apple akan membuka jualan papan kekunci ini mulai Mei 2020.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend