Apple Magic Keyboard Mula Dijual Di Malaysia – Harga Daripada RM1349 Comments Off on Apple Magic Keyboard Mula Dijual Di Malaysia – Harga Daripada RM1349

Seminggu yang lalu Apple iPad Pro 2020 telah mula ditawarkan kepada pengguna di Malaysia. Tablet paling berkuasa itu memiliki tag harga bermula daripada RM3499 hingga RM7299 bergantung kepada konfigurasi yang pengguna mahukan.

Antara imej tumpu yang dibawakan pada Magic Keyboard kepada pengguna ialah pengalaman menaip yang lebih baik dan keupayaan leher peranti yang boleh dilaras mengikut keselesaan pengguna. Magic Keyboard hadir dengan papan kekunci pintar mekanisma butang ‘gunting’ sama seperti yang terdapat pada MacBook Air 2020.

Magic Keyboard kini dijual secara rasmi untuk pasaran negara dan anda boleh memilikinya pada harga RM1349 untuk 11-inci dan RM1549 untuk iPad Pro 2020 bersaiz 12.9-inci. Anda boleh ke laman sesawang rasmi Apple Malaysia untuk mendapatkannya.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend