Apple MacBook Pro Versi Terkini Mula Ditawarkan Di Malaysia, RM5499 Untuk Varian Asas Comments Off on Apple MacBook Pro Versi Terkini Mula Ditawarkan Di Malaysia, RM5499 Untuk Varian Asas 117

Bulan lalu, Apple telah memperkenalkan MacBook Pro 13-inci dan 15-inci versi baharu kepada umum. Kini kedua-dua komputer riba tersebut telah mula ditawarkan untuk pasaran tempatan pada harga permulaan RM5499.

Apple MacBook Pro (2019) dilengkapi perkakasan terbaru seperti pemproses Intel Core Generasi ke-8, Touch Bar, dan butang kuasa Touch ID. Tambahan, ia turut menyertakan paparan True Tone Retina dan cip keselamatan Apple T2.

Pada harga RM5499, ia hadir dengan pemproses Intel Core i5 empat-teras 1.4GHz/3.9GHz, 8GB RAM, dan 128GB storan SSD. Anda juga boleh mendapatkan spesifikasi yang lebih tinggi dengan pilihan pemproses Intel Core i7 empat-teras 1.7GHz/4.5GHz, 16GB RAM, dan storan sebesar 2TB SSD yang mana mencecah kos sehingga RM11899.

Warna yang ditawarkan ialah Space Grey dan Silver dan anda boleh mendapatkan MacBook Pro terbaru ini di kedai rasmi dalam talian Apple Malaysia hari ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend