Apple MacBook Bakal Menggantikan Papan Kekunci Fizikal Dengan Panel OLED 0 107

Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat hari ini secara rasmi telah mendedahkan sebanyak 26 permohonan paten yang telah dibuat oleh Apple Inc. pada hari ini. Berdasarkan daripada laporan paten tersebut, Apple telah membuat permohonan paten “Dual display equipment with enhanced visibility and suppressed reflections.” yang jelas memperlihatkan perancangan syarikat gergasi Cupertino itu untuk menggunakan dua paparan skrin pada produk keluarannya pada masa akan datang.

Berdasarkan kepada gambar paten yang dikongsikan, Apple dikatakan bercadang untuk menggantikan papan kekunci fizikal pada MacBook dengan skrin OLED. Kedua-dua panel skrin pada MacBook ini akan dipisahkan dengan satu engsel bagi mengekalkan ciri rekaan sebuah komputer riba.

Malah Apple juga turut merancang untuk hadir dengan versi alternatif yang mana kedua-dua panel skrin itu boleh disambungkan dengan menggunakan engsel magnetik untuk digunakan pada peranti 2 dalam 1 ataupun iPad Pro generasi kedua nanti.

Panel skrin OLED digunakan pada Lenovo Yoga Book bagi menggantikan papan kekunci fizikal.

Sebenarnya inovasi rekaan sebegini sudahpun diperkenalkan oleh Lenovo pada model komputer riba Yoga Book pada tahun 2016 yang lalu, tetapi pelaksaaannya yang lemah menyebabkan ia tidak meraih perhatian pengguna yang inginkan kesempurnaan.

 

Sumber: TechnoBuffalo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend