Apple MacBook Air Baharu Kini Dengan Papan Kekunci Magic – RM4399 Dan RM5599 Comments Off on Apple MacBook Air Baharu Kini Dengan Papan Kekunci Magic – RM4399 Dan RM5599

Tanpa sebarang pengumuman awal, Apple baru sahaja memperkenalkan versi kemas kini untuk MacBook Air mereka. Komputer riba siri permulaan ini hadir dengan papan kekunci Magic baharu yang diperkenalkan buat pertama kali di MacBook Pro 16-inci pada November lalu.

Papan kekunci Magic adalah penyelesaian kepada masalah papan kekunci lama yang menggunakan mekanisma kupu-kupu. MacBook Air 2020 ditawarkan pada harga RM4399 untuk pemproses i3 dan RM5599 untuk pemproses i5.

MacBook Air terbahagi kepada dua, model asas hadir dengan Intel Core i3 dengan storan 256GB SSD dan model diatasnya dilengkapi Intel Core i5 yang membawa storan 512GB SSD.

Kedua-dua menyertakan pad sesentuh yang telah dipertingkatkan, paparan 13.3-inci Retina Display dengan True Tone, Intel Iris Plus Graphics, memori 8GB LPDDR4X, TouchID, dan dua port Thunderbolt 3.

MacBook Air baharu tersedia dengan tiga pilihan warna iaitu Space Gray, Gold, dan Silver. Jualan komputer riba ini akan dibuka tidak lama lagi. Buat masa ini anda semaknya di laman sesawang Apple Malaysia.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend