Apple MacBook Air 2020 Kini Boleh Dibeli – Konfigurasi Tertinggi Berharga RM9399 Comments Off on Apple MacBook Air 2020 Kini Boleh Dibeli – Konfigurasi Tertinggi Berharga RM9399

Apple Malaysia hari ini telah mula menjual komputer riba teringan mereka MacBook Air 2020 kepada pengguna tempatan. Harga ditawarkan bermula RM4399 dengan konfigurasi asas iaitu dengan pemproses Intel Core i3 Generasi ke-10 bersama storan 256GB yang mana penawaran ini adalah RM400 lebih murah dan storan dua kali ganda lebih besar berbanding generasi terdahulu.

Apple turut memberi pilihan kepada pengguna untuk menaik taraf MacBook Air yang ingin dibeli kepada beberapa kustomasi yang mana konfigurasi tertinggi menelan belanja sehingga RM9399. Pengguna akan menerima pemproses Intel Core i7 Generasi ke-10, memori LPDDR4X 16GB RAM, dan storan sebesar 2TB.

Apple MacBook Air 2020 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Space Gray, Gold, dan Silver. Pembelian boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang Apple Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend