Apple Lepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 13.3.1 Comments Off on Apple Lepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 13.3.1

Pagi tadi Apple telah mengeluarkan perisian terbaru melalui kemas kini kepada para pengguna iPhone.

iOS 13.3.1 hadir dengan sejumlah tingkat taraf yang turut memperbaiki isu dihadapi pengguna sebelum ini.

Saiz muat turun pada iPhone XR kami memerlukan ruang sebesar 275.1MB, maka ia bergantung kepada peranti yang sedang anda guna.

Log penukaran turut memperlihatkan ciri baharu khas untuk siri iPhone 11 yang mana menyertakan fungsi tetapan perkhidmatan lokasi berasaskan cip U1 Ultra Wideband yang terdapat pada peranti.

Selain itu, Apple telah memperkenalkan sokongan arahan suara Siri versi Indian English untuk HomePod dalam iOS 13.3.1 ini.

Ini bermakna Apple HomePod telah mula ditawarkan di India dan menurut tinjauan kami, pembesar suara ini dijual pada harga INR19,900 (~RM1140) sebuah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend