Apple iPhone SE 2020 Kini Rasmi Dengan Harga Jualan Di Malaysia Bermula Daripada RM1,999 Comments Off on Apple iPhone SE 2020 Kini Rasmi Dengan Harga Jualan Di Malaysia Bermula Daripada RM1,999

Dalam diam-diam Apple kini telahpun melancarkan model telefon pintar ‘bajet’ terbaharunya dengan kemunculan model iPhone SE untuk tahun 2020. Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, iPhone SE generasi kedua ini dilihat telah menggunakan rekaan model iPhone 8 dengan spesifikasi yang telah dipertingkatkan.

iPhone SE telah dilengkapi dengan paparan skrin berukuran 4.7 inci Retina HD (1334 x 750 piksel) dan ia masih mengekalkan sokongan Touch ID dalam rekaan bezel yang sangat tebal. Sama seperti iPhone 8, ia turut tersedia dengan paparan True Tone, tetapi kini tidak lagi disertakan dengan ciri 3D Touch.

Menampilkan rekaan kerangka aluminium dan kaca, iPhone SE turut menyokong satu kamera utama beresolusi 12MP dengan teknologi penstabilan imej optikal (OIS) untuk rakaman video sehingga 4K 60 fps. Manakala kamera depan beresolusi 7MP pula menawarkan mod potret dengan sokongan kawalan bokeh.

Dengan ketahanan bateri sehingga 13 jam untuk tontonan video, iPhone SE tersedia dengan pengecasan pantas 18W dan juga teknologi pengecasan tanpa wayar.

Ia juga turut menerima teknologi sambungan terkini seperti WiFi 802.11ax (WiFi 6), Bluetooth 5.0, dan juga NFC. Manakal dari segi ketahanan, iPhone SE menerima pengiktirafan IP67 yang mampu bertahan di dalam air sedalam 1 meter selama 30 minit.

Ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu putih, hitam dan merah, iPhone SE ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,999 untuk varian 64GB, RM2,199 untuk varian 128GB, dan juga RM2,699 untuk varian tertinggi 256GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend