
Hari ini, laman rasmi Apple Malaysia sudahpun mula menawarkan edisi istimewa itu untuk kedua-dua model yang dinyatakan. Walau bagaimanapun (PRODUCT)RED ini hanya ditawarkan untuk iPhone 8 dan 8 Plus sahaja dan ia tidak ditawarkan untuk model iPhone X. Lebih menariknya, harga jualannya masih dikekalkan sama seperti pilihan warna sedia ada iaitu Silver, Gold dan Space Gray.

Berbeza dengan edisi istimewa (PRODUCT)RED untuk model iPhone 7 dan 7 Plus sebelum ini, panel depan tidak lagi ditawarkan dengan panel berwarna putih, sebaliknya ia tampil dengan panel depan dalam warna hitam yang kelihatan lebih menonjol rekaannya. Tambahan pula penggunaan panel kaca pada bahagian belakangnya turut membantu untuk menyerlahkan lagi warna merah tersebut.

iPhone 8 (PRODUCT)RED dijual pada harga RM3,649 untuk model 64GB, dan model 256GB pula dijual pada harga RM4,399. Manakala iPhone 8 Plus (PRODUCT)RED pula dijual pada harga RM4,149 untuk model 64GB, dan RM4,899 untuk model 256GB.