Apple iPad Pro Generasi Akan Datang Mungkin Hadir Dengan Fungsi Sambungan Magnetik, Face ID Dan Apple Pencil Comments Off on Apple iPad Pro Generasi Akan Datang Mungkin Hadir Dengan Fungsi Sambungan Magnetik, Face ID Dan Apple Pencil

Bulan September yang lepas Apple telah memperkenalkan tiga iPhone baharu dengan model iPhone XR, XS dan XS Max, serta Apple Watch generasi keempat. Penghujung bulan Oktober ini pula Apple dikhabarkan bakal hadir dengan satu lagi model baharu iPad Pro yang dijangka akan menyokong beberapa fungsi menarik.

Melalui khabar angin yang telah dikongsikan di Internet, Apple berkemungkinan besar akan memperkenalkan beberapa fungsi baharu pada iPad Pro yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Antara fungsi menarik yang akan ditawarkan termasuklah TrueDepth Camera untuk sokongan Face ID sama seperti yang disokong oleh iPhone XS dan juga XS Max.

Selain itu ia juga dipercayai tersedia dengan ciri sambungan Magnetik (Magnetic Connector) untuk sokongan aksesori seperti papan kekunci. iPad Pro generasi baharu dengan Apple Pencil ini turut menyingkirkan port Lightning bagi menggantikannya dengan port USB Type-C bagi membolehkan perkongsian video 4K HDR dengan lebih mudah.

Benar atau tidak khabar angin berhubung iPad Pro generasi akan datang ini, sama-sama kita nantikan pengumumannya tidak lama lagi oleh Apple.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend