Apple iOS 13.2 Kini Tersedia: Menawarkan Deep Fusion Untuk Kamera, Emoji Terbaru Comments Off on Apple iOS 13.2 Kini Tersedia: Menawarkan Deep Fusion Untuk Kamera, Emoji Terbaru 156

Apple hari ini telah melepaskan perisian terbaru untuk para pengguna iPhone. Kemas kini iOS 13.2 menawarkan fungsi Deep Fusion untuk kamera pada peranti iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max.

Deep Fusion dikatakan dapat meningkatkan lagi keupayaan kamera sekaligus memberikan foto yang lebih menarik melalui sistem pemprosesan imej yang dikuasakan Neural Engine daripada cip A13 Bionic.

Tambahan lain yang dimuatkan ialah pada emoji. Kini pengguna boleh menikmati sejumlah emoji terbaru selain iOS 13.2 turut menyokong AirPods Pro yang dilancarkan pagi tadi. Tampalan keselamatan dan pepijat juga disertakan dan saiz yang diperlukan untuk muat turun ialah 568.4MB.

Kemas kini ini boleh dimuat turun melalui OTA pada iPhone 6s dan keatas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend