Apple Dipercayai Akan Memperkenalkan Dua Model iPhone 9 Comments Off on Apple Dipercayai Akan Memperkenalkan Dua Model iPhone 9

Apple tidak lama lagi akan memperkenalkan telefon bajet yang terbaru kepada orang ramai. iPhone 9 merupakan penyambung legasi kepada iPhone SE yang telah berada di pasaran hampir empat tahun.

Perkembangan terkini mendakwa selain iPhone 9, Apple juga akan melancarkan iPhone 9 Plus iaitu versi dengan skrin yang lebih besar. Dikatakan versi Plus ini mempunyai skrin 5.5-inci berbanding 4.7-inci pada iPhone 9.

Baca: Pelancaran iPhone 9 Ditunda Gara-gara Produksi Tidak Mencapai Sasaran

Sumber mengatakan beberapa kod iOS 14 telah mengesahkan kehadiran peranti ini malah barisan iPhone 9 dikatakan akan menggantikan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus sebagai telefon iOS termurah di pasaran kelak.

Kedua-dua telefon ini mengekalkan fungsi TouchID disamping dikuasakan cipset A13 Bionic yang sama digunakan pada barisan iPhone 11. Selain itu, belum dapat dipastikan lagi sama ada versi Plus hadir dengan dwikamera belakang ataupun tidak.

Terdahulu, Apple dikhabarkan mahu mengadakan acara istimewa pada penghujung bulan ini tetapi disebabkan kerajaan A.S melarang sebarang perhimpunan ekoran penularan wabak COVID-19, sumber dalaman Apple telah mengesahkan acara itu terpaksa dibatalkan.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend