Apple Dipercayai Akan Gantikan Warna Midnight Green Dengan Navy Blue Untuk iPhone 12 Pro Comments Off on Apple Dipercayai Akan Gantikan Warna Midnight Green Dengan Navy Blue Untuk iPhone 12 Pro

Melalui perkongsian video oleh YouTuber terkenal iaitu EverythingApplePro, Apple dipercayai akan memperkenalkan warna baharu iaitu ‘Navy Blue’ untuk iPhone 12 bagi menggantikan warna ‘Midnight Green’ yang sebelum ini diperkenalkan eksklusif untuk iPhone 11 Pro/11 Pro Max.

Gambar konsep iPhone 12 Pro. (kredit: EverythingApplePro)

Khabar angin ini telah dikongsikan oleh @MaxWeibach yang sebelum ini berjaya mendedahkan pelbagai ketirisan berita tentang siri Samsung Galaxy S20 di Twitter.

Malah berdasarkan perkongsian berasingan oleh blog Mac Otakara, iPhone 12 Pro Max yang memiliki paparan skrin berukuran 6.7 inci akan tampil dalam kerangka yang lebih nipis iaitu hanya 7.4mm berbanding iPhone 11 Pro Max dengan ketebalan 8.1mm.

Gambar konsep iPhone 12 Pro. (kredit: EverythingApplePro)

Menurutnya pendedahan itu lagi, keempat-empat model iPhone pada tahun ini akan turut menyokong panel skrin jenis OLED dan juga dilengkapi dengan Face ID.

  • iPhone model 5.4 inci memiliki saiz antara iPhone SE dan iPhone 8, manakala salah satu daripada iPhone model 6.1 inci pula akan memiliki ketinggian antara iPhone 11 dan iPhone 11 Pro.
  • iPhone dengan skrin 6.7 inci akan memiliki kerangka yang sedikit lebih tinggi berbanding iPhone 11 Pro Max.
  • iPhone model 5.4 inci dan 6.1 inci (varian rendah) dikatakan menyokong rekaan dwi kamera mirip seperti iPhone 11.
  • iPhone model 6.7 inci akan menyokong tiga kamera dengan sensor lebih besar berbanding iPhone 11 Pro Max.
Selain iPhone 9, Apple dilaporkan akan tampil dengan empat model dari siri iPhone 12. (kredit: EverythingApplePro)

Walau bagaimanapun terdapat sedikit percanggahan berhubung rekaan kerangka pada iPhone tahun 2020 antara kedua-dua sumber tersebut. @MaxWeibach berpendapat bahawa Apple akan menggunakan rekaan kerangka sisi yang lebih rata mirip seperti iPhone 4.

Manakala Mac Otakara pula mengatakan bahawa Apple akan mengekalkan rekaan kerangka sisi melengkung untuk iPhone 2020 ini, sama seperti yang dapat dilihat pada siri iPhone 11.

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend