Apple Dedah Jumlah iPhone Yang Aktif Seluruh Dunia Buat Kali Pertama Comments Off on Apple Dedah Jumlah iPhone Yang Aktif Seluruh Dunia Buat Kali Pertama

Apple jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi hari ini dilaporkan membuat pengumuman mengenai jumlah iPhone yang aktif di seluruh dunia. Ini juga adalah pengumuman pertama yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Sebanyak 900 juta unit iPhone dilaporkan aktif di seluruh dunia dan ini tidak termasuk peranti lain seperti Apple Watch, iPad, iPod dan Mac. Jika digabungkan, jumlahnya meningkat kepada 1400 juta unit.

Tiada maklumat terperinci mengenai produk yang lain tetapi apa yang pasti angka itu meningkat lebih daripada 100 juta untuk 12 bulan yang lepas. Malahan, angka ini telah meningkat kepada 40% jika dibandingkan dengan tahun 2016 yang mana hanya 1000 juta peranti sahaja yang aktif.

Bagaimanapun, semalam Apple telah mengumumkan yang mana harga iPhone akan diturunkan di beberapa pasaran tertentu untuk  meransang jualan yang dilihat agak perlahan sejak pengenalan iPhone 2018.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend