Apple Buat Pertama Kalinya Akan Memperkenalkan Sarung Pelindung Plastik Lut Sinar Untuk iPhone XR Comments Off on Apple Buat Pertama Kalinya Akan Memperkenalkan Sarung Pelindung Plastik Lut Sinar Untuk iPhone XR

Berbeza dengan model iPhone XS dan XS Max yang sudah mula dijual di sesetengah pasaran pada 21 September yang lalu, model iPhone XR sehingga kini masih lagi belum mula dijual untuk mana-mana pasaran. Namun begitu berdasarkan laporan yang diterima, pra-tempah untuk model iPhone XR dikatakan akan dimulakan tidak lama lagi.

Rekaan panel kaca pada iPhone XR ternyata tampil lebih ceria melalui penawaran enam warna pilihan iaitu Red, Yellow, White, Coral, Black dan juga Blue. Jadi bagi memastikan rekaan iPhone XR lebih menyerlah, Apple buat pertama kalinya dalam sejarah telah disahkan akan hadir dengan sarung pelindung plastik lut sinar keluarannya.

Sebagaimana rekaan sarung pelindung plastik lut sinar yang lain, Apple menampilkan rekaan yang biasa sahaja. Sungguhpun begitu, harga jualannya iaitu CAD39 (kira-kira RM125) masih boleh dianggap agak mahal.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend