
Melalui perkongsian tweet @VenyaGeskin1 yang terbaru, dia mendakwa telah menerima maklumat yang mengatakan bahawa Apple bakal memperkenalkan Edisi Istimewa (PRODUCT)RED untuk model iPhone 8 Plus. Tambahnya lagi, dia yakin bahawa Apple akan turut berbuat perkara yang sama untuk model iPhone 8 dan juga iPhone X.

Kehadiran edisi istimewa ini bukanlah sesuatu yang baru kerana Apple sebelum ini pernah mengumumkan PRODUCT(RED) ini pada tahun lepas untuk model iPhone 7 dan iPhone 7 Plus bagi menandakan kerjasama selama 10 tahun antara Apple dengan (RED). Dengan setiap pembelian (PRODUCT)RED, Apple akan membuat sumbangan kepada Dana Global dalam usaha untuk memastikan generasi bebas AIDS.