Apple Berkemungkinan Akan Mula Menjual AirPods 2 Pada 29 Mac Nanti 0 405

Berdasarkan daripada laporan yang didedahkan oleh portal teknologi Applesfera, Apple dipercayai akan mula menghentikan penjualan AirPods mulai 28 Mac 2019 ini. Menariknya tindakan untuk menamatkan jualan AirPods generasi pertama yang telah dilancarkan pada Disember 2016 ini adalah disebabkan perancangan Apple yang dipercayai akan mula menjual AirPods 2 di Apple Store pada 29 Mac nanti.

Apple AirPods generasi pertama dipercayai akan dihentikan jualannya mulai 28 Mac 2019.

Sebenarnya khabar angin berhubung penawaran AirPods 2 bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini sudah ada laporan yang mendedahkan perkara ini. Selain AirPods 2, Apple juga dikatakan akan turut menawarkan aksesori AirPower dan juga generasi baharu iPad pada tarikh yang sama.

Benar atau tidak khabar angin yang dilaporkan ini, sama-sama kita nantikan pendedahan rasmi yang akan diumumkan oleh Apple dalam acara Apple Special Event yang akan berlangsung di Steve Jobs Theater, Apple Park, pada 25 Mac 2019 ini.

Baca juga:

Apple AirPods Akan Mengekalkan Rekaan Asal Dengan Peningkatan Audio Dan Dilengkapi Sensor Tambahan

Apple AirPods Dengan Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar Dipercayai Akan Hadir Pada Suku Pertama 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend