Apple Bawakan MacBook Pro Versi Naik Taraf Untuk Model 15-Inci Dan 13-Inci Dengan Touch Pad Comments Off on Apple Bawakan MacBook Pro Versi Naik Taraf Untuk Model 15-Inci Dan 13-Inci Dengan Touch Pad 726

Dalam mengejar arus teknologi yang berkembang pesat, Apple hari ini memperkenalkan MacBook Pro versi kemas kini dengan penawaran perkakasan dalaman yang lebih berkuasa. Dua model yang telah menerima naik taraf ialah 15-inci dan 13-inci termasuk menggunakan pemproses Gen ke-8.

MacBook Pro 15-inci kini dilengkapi pemproses Intel Core i7 atau Intel Core i9 dengan kelajuan sehingga 2.9GHz yang boleh mencecah sehingga 4.8GHz dengan Turbo Boost. Bahagian memori yang boleh dikonfigurasi meletakkan RAM sehingga 32GB dan storan SSD sehingga 4TB.

Sementara model 13-inci pula ia hadir dengan fungsi Touch Bar (pertama kali untuk model ini) bersama pemproses empat-teras Intel Core i5 atau Intel Core i7 yang mampu beroperasi sepantas 2.7GHz dan Turbo Boost selaju 4.5GHz. Dikatakan model ini juga diletakkan eDRAM, RAM sebesar 16GB, serta storan SSD seluas 2TB.

Kedua-dua model ini dimuatkan dengan paparan True Tone untuk paparan yang menyeluruh dan lebih penting, natural. Cip T2 yang diletakkan sekali mampu melancarkan sistem keselamatan dan kini menawarkan ciri arahan Siri. Pada papan kekunci, Apple mengatakan ia lebih senyap berbanding generasi sebelum ini.

Apple juga dalam masa sama memperkenalkan sarung kulit yang baharu khususnya untuk MacBook Pro. Warna yang ditawarkan antaranya Saddle Brown, Midnight Blue, dan Black.

Harga:

  • MacBook Pro 13″ i5 (256GB) – RM7,499
  • MacBook Pro 13″ i5 (512GB) – RM8,299
  • MacBook Pro 15″ i7 (256GB) – RM9,999
  • MacBook Pro 15″ i7 (512GB) – RM11,599

Untuk pasaran Malaysia, tiada varian Intel i7 untuk model 13-inci dan Intel i9 untuk model 15-inci. Tiada tarikh khusus dipaparkan tetapi akan tiba tidak lama lagi.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend