Apple Bakal Berhadapan Isu Bekalan Panel OLED Untuk Model iPhone 2019, Berikutan Isu Eksport Jepun-Korea Comments Off on Apple Bakal Berhadapan Isu Bekalan Panel OLED Untuk Model iPhone 2019, Berikutan Isu Eksport Jepun-Korea 323

Jika HUAWEI sudah boleh menarik nafas lega apabila kerajaan AS telah menarik semula sekatan perdagangan yang dikenakan ke atas jenama itu sejak Mei 2019 yang lalu, nampaknya Apple pula bakal berhadapan dengan isu bekalan panel OLED untuk model iPhone keluaran tahun 2019 nanti.

Melalui perkongsian daripada portal PhoneArenaApple dilaporkan berkemungkinan besar akan mengalami isu bekalan panel OLED untuk iPhone 11 atau iPhone XI yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Ini kerana menurut Reuters, Jepun dilaporkan akan menyekat eksport dua bahan mentah penting untuk penghasilan panel OLED iaitu Fluorinated Polyimide dan juga high-purity Hydrogen Fluoride (HF) ke pasaran Korea Selatan bermula 4 Julai 2019.

kredit gambar: REUTERS/Toru Hanai

Bermula daripada tarikh yang dinyatakan, pengeksport kedua-dua bahan mentah itu dari Jepun ke Korea Selatan perlu membuat permohonan untuk mengeksportnya daripada pihak berkuasa Jepun terlebih dahulu. Berita buruknya adalah setiap permohonan yang dibuat akan mengambil masa sehingga 90 hari, dan tempoh masa yang lama ini mungkin mengakibatkan kekurangan bekalan untuk Apple.

Baca juga:

Jony Ive Akan Meninggalkan Apple Dan Menubuhkan Syarikatnya Sendiri

HUAWEI Tidak lagi Menerima Sekatan Untuk Berurus Niaga Dengan Syarikat Dari AS – Donald Trump

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend