Apple Arcade Menawarkan Perkhidmatan Langganan Permainan Untuk iOS, Mac dan Apple TV Comments Off on Apple Arcade Menawarkan Perkhidmatan Langganan Permainan Untuk iOS, Mac dan Apple TV 288

Bersempena dengan acara Apple Special Events 2019, Apple telah mengumumkan perkhidmatan langganan perkhidmatan permainan yang dikenali sebagai Apple Arcade. Melalui perkhidmatan ini, pemilik produk Apple yang dioperasikan dengan iOS, Mac dan Apple TV hanya perlu membuat langganan bulanan untuk mendapatkan akses eksklusif terhadap permainan premium yang boleh dimuat turun melalui App Store.

Menurut Ann Thai selaku Pengurus Produk Senior App Store, langganan Apple Arcade akan menawarkan akses kepada lebih daripada 100 permainan baharu dan eksklusif. Lebih menariknya, pengalaman permainan tidak lagi akan diganggu dengan ruang pengiklanan dan juga tiada belian dalam aplikasi diperlukan.

Apple Arcade menampilkan pelbagai judul permainan premium yang dibangunkan oleh studio dan juga pembangun terkenal seperti Annapurna Interactive, Cartoon Network, Konami, Lego, Sega, Hirobonu Sakaguci, Ken Wong dan juga Will Wright. Perkhidmatan langganan Apple Arcade akan tersedia bermula September 2019 nanti di lebih 150 buah negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend