Apple Akan Menghantar Perisai Muka Untuk Pekerja Perubatan Di Seluruh Dunia Comments Off on Apple Akan Menghantar Perisai Muka Untuk Pekerja Perubatan Di Seluruh Dunia

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook menerusi video pendek yang dimuat naik beliau di Twitter baru-baru ini telah memberitahu bahawa Apple kini sedang berusaha menghasilkan perisai muka untuk dihantar ke beberapa kawasan di seluruh dunia bagi memenuhi permintaan barisan hadapan yang kritikal pada ketika ini.

Menurut Tim, Apple kini memiliki sumber lebih daripada 20 juta unit perisai muka menerusi rantaian bekalan mereka dari seluruh dunia. Beliau memberitahu Apple kini sedang bekerjasama dengan beberapa kerajaan untuk melicinkan usaha sumbangan ini selain Apple juga berusaha dalam mereka bentuk, kejuruteraan, operasi, pasukan pembungkus produk, dan pembekal untuk menghasilkan perisai muka bagi pekerja kesihatan yang bertungkus-lumus memerangi wabak COVID-19.

Didalam video tersebut juga bigboss Apple ini telah menunjukkan contoh perisai muka yang telah dihasilkan. Ia diperbuat daripada bahan plastik sintetik dengan tali yang fleksibel untuk disesuaikan di semua saiz kepala. Setakat ini, kumpulan pertama perisai muka itu telah dihantar ke hospital di Santa Clara Valley, A.S.

Perisai muka itu dipasang sekitar dua minit untuk setiap satu di dua kilang utama iaitu di A.S dan China. Apple menjangkakan penghantaran lebih 1 juta unit menjelang hujung minggu ini dan buat masa sekarang ia akan diagihkan di seluruh A.S terlebih dahulu.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend