Apple Akan Mengadakan Acara Istimewa Pada 25 Mac Di Steve Jobs Theater Comments Off on Apple Akan Mengadakan Acara Istimewa Pada 25 Mac Di Steve Jobs Theater

Syarikat yang berpengkalan di Cupertino, Apple hari ini mengesahkan yang mana mereka bakal mengadakan acara istimewa di Steve Jobs Theater pada 25 Mac ini. Poster yang diterbitkan pula menggunakan slogan “It’s show time”, menguatkan lagi petanda yang mana Apple akan melancarkan perkhidmatan penstriman video pada acara tersebut. Selain itu, Apple juga mungkin akan memperkenalkan perkhidmatan Apple News.

Laporan mengatakan Apple akan melancarkan beberapa perkakasan seperti AirPods generasi kedua dan iPad terbaharu kelas permulaan adalah tidak mungkin berlaku kerana pada hari tersebut Apple akan menumpukan perhatian sepenuhnya pada perkhidmatan langganan mereka.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend