Apple Akan Mendapatkan Panel OLED Daripada BOE Untuk Siri 5G iPhone 12 Akan Datang Comments Off on Apple Akan Mendapatkan Panel OLED Daripada BOE Untuk Siri 5G iPhone 12 Akan Datang

Apple sekarang ini dibekalkan dengan panel paparan daripada Samsung untuk barisan iPhone 11 Pro, bagaimanapun syarikat gergasi ini dipercayai akan menggantikan sumber tersebut kepada syarikat yang berpengkalan di China iaitu BOE.

Penghasilan panel terbaru ini dilaporkan sedang berada di barisan pengeluaran yang mana ianya akan digunakan pada iPhone 12 nanti. Apple juga dilaporkan akan memesan 45 juta panel lagi untuk iPhone 2021.

Menurut laporan, penawaran fungsi pengimbas cap jari dalam skrin untuk iPhone 12 5G merupakan perkara penting bagi syarikat kerana mempercayai bahawa telefon pintar perlu memiliki beberapa ciri moden serta mengikut trend.

BOE difahamkan telah meningkatkan produksi OLED di kilang kepada 200 peratus bagi memenuhi permintaan kapasiti pengeluaran. Syarikat itu juga dikatakan telah melabur banyak di tiga barisan pengeluaran OLED di China malahan sedang menghasilkan lebih banyak lagi panel OLED generasi keenam bagi mencapai sasaran 48,000 unit setiap bulan.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend