Apple Akan Hanya Menggunakan Modem Keluaran Intel Untuk iPhone Keluaran Tahun 2018 Nanti Comments Off on Apple Akan Hanya Menggunakan Modem Keluaran Intel Untuk iPhone Keluaran Tahun 2018 Nanti

Mungkin ada di antara pembaca di luar sana yang sedia maklum bahawa hubungan Apple dengan Qualcomm tidak begitu baik selepas pembuat cip popular itu telah disaman gara-gara melanggar syarat kerjasamanya dengan Apple. Nampaknya akibat daripada kontroversi itu, Qualcomm telah mengesahkan bahawa cip modem keluaran mereka tidak lagi akan digunakan pada iPhone.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Qualcomm, Apple dikatakan akan menggunakan cip modem keluaran pesaingnya untuk iPhone keluaran tahun 2018 nanti. Walaupun Qualcomm tidak mendedahkan nama pesaingnya itu, ia jelas merujuk kepada Intel kerana ia merupakan pembekal komponen tunggal untuk telefon pintar keluaran Apple buat masa ini.

Sebelum ini Apple telah menggunakan cip modem berbeza dari Qualcomm dan Intel untuk iPhone keluarannya.

Tetapi memandangkan peralihan rangkaian 5G semakin hampir, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Apple berkemungkinan besar akan mendapatkan bekalan komponen tersebut dari MediaTek dengan penggunaan cip modem 5G yang dinamakan Helio M70. Benar atau tidak dakwaan ini, mungkin lebih selamat jika kita nantikan pengumuman rasmi dari Apple sendiri.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend